Followers

sayang sangat sama dia


gambar lelaki di atas ne adalah gambar BABA saya . nama beliau ialah ANGAN BIN MAPA. aku dak taw kenapa aku tulis entri pasal dia. aku bangga ada baba seperti dia. dia seorang yang berkejaya. aku maw sangat follow tentang pelajaran nya. dia orangnya sangat tegas dan garang. tapi di sebalik ketegasan nya itu, dia sangat penyayang. dia dak pernah tunjukkan kalau dia ada masalah di depan aku mahupun di depan adik beradik aku yang lain .

tapi setelah peristiwa yang sangat aku tidak harapkan sama sekali terjadi dalam hidup aku, dia telah berubah. dia tidak seperti baba aku yang dulu. walaubagaimanapun , aku tetap hormat sama dia. dia tetap BABA aku. tapi aku sangat kecewa sebab setelah peristiwa itu berlaku, perhubungan kami tidak seperti dulu lagi. dia jarang meluangkan masa bersama kami. *sebak  . dia seperti melebihkan masa dengan di sana. 


"ida pernah ingat dengan kata-kata baba sebelum baba pergi bersama dia, baba kata sama ida yang baba hanya kasihan sama dia, dia orang susah. jadi baba maw tolong. ok ida faham juga walaupun masa itu ida belum matang sangat. tapi kenapa setelah itu, baba lupa dengan kata-kata baba, baba tidak berpegang dengan kata-kata baba. ida taw baba perlu adil, cuma tolong faham keadaan kami . baba seperti lebih mengutamakan di sana. apa dia maw , baba tetap bagi. baba menbahagikan masa sama kami dan dia. tapi bila bersama dia , baba cuti . tapi bila bersama kami, baba kerja."


tapi walau cam na pun , aku tetap terima semua ini sebagai ujian aku dan keluarga aku. dengan segala ujian ini, kami lebih kuat dan lebih mendekatkan diri dengan ALLAH . aku yakin semua ini ada hikmahnya juga.

walaubagaimanapun, BABA aku tetap baba aku. aku tetap akan hormat dia kerana dia sajalah ayah aku di dunia ini. teda yang lain nya. dan teda siapa yang akan dapat mengantikannya. oleh itu, aku tidak maw mencontengkan arang di mukanya. aku nda maw mengecewakan dia dan memalukan dia. oleh itu, aku berharap sangat keputusan spm aku cemerlang dan dapa membanggakan dia. dia telah bersusah payah mengeluarkan peluh untuk mendidik aku menjadi anak yang berguna dan berjaya.

saya sangat sanyang baba saya :[


p/s - aku pun pelik kenapa aku tulis entri ini tapi entah kenapa malam ne aku terfikir pasak benda ini.

No comments:

Post a Comment