Followers

Bahang Ravina


mesti hairan kan napa tiba-tiba akue post entry ini. erm akue maw kongsi ja drama yang akue tinguk di tv td. best sangat. hingga akue mengalirkan air mata. tapi bukan akue saja taw , adik-adik akue puwn turut sama mengalirkan air mata untuk drama neyh. maw taw pa yang best tentang drama neyh. mari kamu baca sinopsis kat bawah neyh k.

Cerita ini mengisarkan satu keluarga ( Lakonan Fauzi,Jasmin dan Nabila ) berhijrah dari kampung ke ibukota KL mencari rezeki.Dalam cerita ini Fauzi berkerja sebagai pemandu Teksi dan Jasmin sebagai suri rumah tangga.Dalam kesempitan hidup di ibukota anak keluarga (Nabila) masih dibangku sekolah ingin menjadi seorang artis terkenal, tetapi ayah ( Fauzi ) menetang sekeras-kerasnya niat si anak menjadi artis.

Nak dijadikan cerita,sikap panas baran dan kedekut si ayah akhirnya terbongkar apabila kekasih (Adi Putra) jahat mengintip skandal si ayah dengan isteri orang.Sempat juga si Danny(ADI) ambil gambar fauzi semasa berada di kediaman skandalnya.

Akhirnya Nabila menjadi artis rakaman dibawah Danny (Adi Putra) kerana si ayah diugut gambar didalam HP dan no telefon suami skandal si ayah ( Fauzi)

Kerana inginkan kebebasan si anak ( Nabila) hanyut dialam fantasi bersama kekasih sehingga lupakan keluarga termasuk rakan sekolah yang banyak membantunya.

Kemuncak cerita ini berlaku apabila nabila memukul jasmin dengan penyapu ketika datang ke rumah Nabila. (Bertuah punya anak)..!!! Dengan berkonsepkan balasan dan syurga ditapak kaki ibu, lakonan Nabila laknat dengan muka berkudis,bernanah malah muntah ulat. 

Walaupun dengan pertolongan Fauzi dan rakannya ketika ingin memohon maaf kepada ibunya.Lakonan Jasmin masih tidak dapat memaafkan perbuatan si anak terhadap seorang ibu yang menatang si anak sejak kecil. TAMAT



so , banyak pengajaran dalam drama neyh yang bole kita dapat kan. antaranya :


1. Kita hendak lah sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan yang di kurniakan.

2. Kita harus menghormati kedua-dua ibu bapa kita.
3. Kita mestilah berusaha untuk memajukan diri.
4. Jangan sesekali derhaka kepada ibu bapa terutama nya kepada ibu sesungguhnya SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.


p/s - akue hanya maw kongsi cerita sama kamu & maw selalu ingatkan kawan-kawan. :] 

No comments:

Post a Comment